Tuesday, October 11, 2011

Hantu Jalan Riong

Salam.

Al-kisah maka tersebutlah di pejabat aku, Jalan Riong, Bangsar tersebar penemuan2 menggemparkan sebelum Ramadan lalu. Story dari mulut ke mulut menceritakan beberapa staf terserempak dengan entiti2 menakutkan - senang cerita terjumpa hantulah - dalam lif, tandas dan tempat letak kereta. Yang tak sedapnya waktu siang pun benda2 ni  mengacau. Sah spesies ni kena insomnia (susah tidur malam) waktu depalah. Itu yang siang hari pun dok tunjuk rupa, tak sempat tunggu malam lagi. Maka kecohlah citer hantu:

1. Di tempat parking si A nampak entiti tak berwajah terpampang depan muka ketika nak start kereta balik rumah.  Masa tu belum jam 11 malam. Waktu pejabat aku ni siang dan malam. Biasanya paling lewat balik 2 pagi. Maka bukan sedikit staf bawa turun kereta ke parking bawah sebelum Maghrib. Kalu tersedar lepas Isyak pasti minta member teman ke parking dan kalu balik jam 1 pagi, siang2 dah bawa kereta ke tempat pak guard berkawal.

2. Si B pulak jumpa entiti macam ju-on dalam lif. Masa masuk sorang2 lif kosong. Bila pintu terkatup ada member plak jadi peneman. Boleh menangis David Copperfield dibuatnya. Maka ada yang rela turun berpuluh anak tangga daripada masuk lif. Kalu guna lif pun kena berteman tak kiralah bapak atau mak orang. Kecut semua bro!

3. Si C ketika berjalan balik di kaki lima pejabat terkejut sebab ada orang tarik beg dari belakang. Bila toleh lagi terkejut gila babi sebab yang tarik tu mirip Mona Fendi, bomoh wanita yang dihukum gantung kerana terbabit dengan pembunuhan kejam. Paling tak best kononnya kejadian berlaku betul2 di bawah gambar Mona. Biar betul. Citer sedia ada si Mona pun dah cukup menggerunkan. Al-Fatihah untuk arwah Mona.




4. Si D kena usik ketika solat Asar di bilik kecil. Masa nak beri salam nampak kaki je terpacak tanpa badan. Aku kurang pasti apa motif  'hang tu' ni buat lawak bangsat saing2 hari.

Aku pun takut gak tapi pikir2 kita cari rezeki bukan cari bala. Minta simpang malaikat 44 jumpa depa semua . Apakah benar semua ini. Hanya Allah maha mengetahui sebab aku tak bercakap dengan mangsa entiti ni atau mungkin berlaku tapi ada tokok tambah nak sedapkan citer.  Kononya si makhluk ghaib muncul apabila pengubahsuaian pejabat dilakukan. Agaknya benda yang selama ni 'dipenjarakan' bebas bila dinding kena pecah. Yang pasti pihak atasan pantas bertindak memanggil petugas Darul Ruqqiyah untuk memulihkan keadaan. Ada gak member meragui keberkesanan usaha yang diambil. Alhamdulillah sekarang dah beres. Aku berdoa suasana tempat kami mencari rezeki kekal aman. Rasanya hantu kat pejabat aku bukan kisah terpencil sebab ko orang pun ada yang mengalaminya di opis masing2.





Sebenarnya kat Jalan Riong ni ada spesies hantu tetap dan berpencen yang muncul setiap malam minggu termasuk bulan puasa; lepak kat kelab bersebelahan. Kadangkala pakaian hantu betinanya menyeramkan juga. Paling sakit hati bila hantu2 ni parking celah bedah dekat pintu gate. Menyusahkan orang nak keluar. Parking DBKL punya tapi malam penjaga parking (mamat Melayu) kutip hasil berpuluh hengget satu kereta. Apa citer!

Bercakap pasal hantu. banyak perkara yang menghantui hidup kita termasuk hutang piutang, dosa yang kadang2 memang sengaja dicari dan janji yang tinggal janji.  Benda2 ni lebih menakutkan sampai ada yang tak tidur malam, malah tak sedikit ambil jalan pintas kasi beres hantu ni termasuk bunuh diri. Minggu lepas aku layan filem seram Tamil - Kanchana di astrofirst. Memang best! Rugi tak tengok. Menonton babak Kanchana dan dua keluarga angkat dibunuh wakil rakyat angkara tanah terlintas dalam fikiran agaknya macam tulah riwayat Allahyarham Sosilawati ditamatkan penuh brutal. Hidup memang penuh dengan hantu kadangkala kita pun pernah jadi hantu yang menghantui hidup orang lain.

Jumpa lagi.

Thursday, September 29, 2011

Badai ciptaan manusia

Salam.

Taufan Nesat membadai Filipina meinggu lalu mengorbankan 35 nyawa dan 45 lagi  masih hilang. Nesat kemudian tiba di Hong Kong dan kini menyerang China. Itu fenomena alam ciptaan Ilahi. Namun di sekeliling kita, ada manusia dengan rela mencipta ribut taufan dalam rumah tangga meskipun jiwa pasangan dan anak jadi mangsa.

1.      Terbaru rakan sepejabat aku kini sampai ke penghujung pelabuhan dan bersedia mengubah haluan. L mengaku sudah penat 16 tahun mencantumkan puzzle rumah tangga akibat suami gemar dihimpit si buah hati ketika di tempat kerja. Seorang demi seorang L berjumpa bakal madu menerangkan kedudukan sebenar si suami sama ada dari segi kewangan yang serba tak cukup atau tanggungjawab yang sering diabaikan. Bolehkah kita bersabar jika pasangan bermain yoyo - di depan kita mengaku sudah putus cinta tetapi di belakang masih meneruskan aktiviti 'bercengkrama di bawah bulan purnama', malah lebih dahsyat pasang dua sekali gus. Mungkin sudah lama L angkat kaki jika anak tidak dijadikan taruhan, cerai bererti 6 permata hati tiada lagi di sisi.  Tapi kini senjata sudah makan tuan, L tawarkan anak dijaga suami, mudah pasang badan cari pengganti. TERKESIMA si mamat.

L izinkan nikah, namun jenis suami tamak mahu menjadikannya sebagai 'simpanan tetap' agar anak2 dan mahligai terurus. Apa punya jantan daa... ops! jangan simbah asid dik, itu tindakan orang tak bertamadun. Solat istikharah rakaatnya tak mampu dibilang lagi tapi silap L hanya mahu menerima pentunjuk jika suami jinak semula ke pangkuan. 16 tahun menggenggam kaca yang disangka permata, L kini rela membuangnya, itu pun selepas menyedari betapa parahnya luka. Andai kaca bertukar permata dengan izin Allah, aku fikir L mahu menggenggamnya kembali. L patut bersyukur masih punya rumah selesa untuk 6 cahaya mata berteduh dan bekerjaya. Bayangkan jika L isteri sepenuh masa yang berhimpit di rumah flat dengan 6 anak terpaksa menjeruk jiwa apabila suami berkahwin muda, siap bersanding sakan sedangkan duitnya pun cukup2 makan.

2.      Seorang senior aku, menjadi nakhoda bahtera rumah tangga selama puluhan tahun. Si suami tak ambil peduli langsung, cuma beri RM1,000 sebulan yang kadangkala berserta sindiran dan hinaan. Pasrah dengan nasibnya menyebabkan aku melabelkan beliau penghuni syurga. Puluhan tahun mengalah dalam apa keadaan sekalipun demi kebahgiaan rumah tangga. Apa saja penderaan mental yang boleh anda bayangkan pernah dilalui wanita ini - balik sendirian ke kampung ketika raya umpama janda, dicaci akibat lambat hantar atau jemput di tempat kerja, telefon opis kerana nasi lembik atau telur hangus, berbulan2 diasingkan dari tempat tidur atau baju disuruh cuci tangan walaupun ada mesin basuh. Suami minta didatang bagaikan minyak penuh. Egonya tinggi melangit. Sensitif atau rajuknya bak daun sembilu, pantang ditegur berbulan jadi orang bisu. Yang pasti si isteri juga yang perlu perbaiki keadaan.

Akhirnya si isteri sampai ke peringkat tepu, rasa yang tinggal hanyalah tak punya apa2 rasa lagi. KOSONG! Apalah maknanya perkongsian hidup jika bukan saja tiada unsur menang-menang bahkan rugi memanjang. Kalu suami ibarat melukut; ada tak menambah, tiada tak mengurang, maka hidup sendirian lebih baik dan sememangnya sudah lama pun wanita ini menjadi single mother. Cuma kali ini biar ia menjadi status yang formal. Tanpa disedari si kakak sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan lama dulu. Aku berdoa agar dua insan ini memperoleh yang terbaik dalam setiap keputusan dibuat dan semangat mereka boleh dijadikan panduan. Amin.

Di manakah kedudukan kita sebenarnya! Ibu tinggal, ibu tunggal atau ibu tunggul. Fikir-fikirkanlah.

Friday, November 19, 2010

Satu gereja masuk Islam

Salam

Aku nak kongsi sikit info dengan ko orang. Kalu buka title di atas ko orang boleh baca cerita ni lebih kurang mengisahkan pemuda Arab yang belajar di Amerika berjaya mengislamkan satu gereja pada tahun 2002. Al-kisah si pemuda dapat menjawab beberapa soalan mencabar minda yang dikemukan ketua paderi gereja tu (boleh cari kisah ni di internet) sehingga mereka menjadi Muslim.

Aku bukan nak komen kisah ni cuma musykil sebab pernah terbaca peristiwa yang sama dalam buku Untaian Kisah Para Wali Allah cetakan ketiga (1999).  Kisah buku ini berdasarkan prosa Arab ratusan tahun lalu  yang disusun dan ditulis semula oleh Syed Ahmad Semait. Buku diterbitkan oleh Pustaka Nasional Pte Ltd.

Pada halaman 104 diceritakan wali Allah Abu Yazid mendengar seruan agar ke gereja di Sam'an pada hari kebesaran berkumpulnya 500 paderi untuk mendengar ucapan ketua mereka. Kemudian bermulalah kisah seperti dialami pemuda Arab di Amerika itu. Perbezaan besar dalam hal ini ialah masa kejadian dua peristiwa berkenaan. Ratusan tahun bro.

Aku tak akan menulis kisah Abu Yazid kerana selain panjang, menjadi satu kesalahan menciplak dalam apa jua cara buku tersebut. Kalu ko orang ke kedai buku carilah Untaian Kisah Para Wali Allah yang mengandungi banyak kisah bermanfaat untuk direnungkan dan bandingkan kisah satu gereja masuk Islam yang banyak dikongsi oleh blogger di internet.

Mungkin juga kisah pemuda yang mengulangi sebiji2 jawapan Abu Yazid satu kebetulan atau ada sebab lain cerita ini diolah sedemikian rupa oleh sumber asalnya. Wallahualam. Apa pun kisah ini dapat menambah ilmu kita sebagai Muslim.

Jumpa lagi

Thursday, November 18, 2010

Perangai geng opis

Salam

Aku percaya kebanyakan daripada kita pasti mengalami sendiri atau dengar pengalaman kekawan pasal geng opis. Aku gatal tangan le nak groupkan dia orang ni.

1 Spesies Husband I... Anak I
Minah jenis ni suka puji teramat melambung husband dan anak sampai meluat tahap maksimum mendengarnya, salah hemat boleh buat aku munta darah. Intro mesti 'husband i... anak i.' sekali tu minah ni cakap "husband i kan hari ni tak senang meeting sebab jam Rolex dia tertinggal." Naik biol aku mikirkan kaitan meeting dengan jam  Rolex, bukan le sebab "husband i tak jam Rolex," tapi nak mengaitkan signifikannya dua benda ni. Lainlah kalu husband dia jadi pengadil bola sepak. Ada maknanya juga. Bab 'anak i' plak boleh cerita sampai tak buat kerja walaupun kekadang aku rasa storynya tak de nilai berita langsung.

CARA MENGATASI SPESIES NI:  Kalu dia sebut je intro 'husband i. anak i' cepat2 lah jawab h/phone walaupun h/phone tu tak berdering. Atau cakap aje 'husband u, husband i juga tahulah ceritanya lepas tu tutup dengan dialog Kuswadinata dalam filem Seniman Bujang Lapuk... "aku bukannya orang lain ... tapik madu ko jugak Tina."


Ooh bila nak bebinik ko ikut nabi yeee

2 Spesies TA PA WAU Member jenis ni pantang ada jamua kat opis, kerjanya asyik nak menapau je. Setahu aku tapau ni dibolehkan kalu ada lebihan dagangan.Elak membazirlah katakan. tapi paling sakit hati kalau jamuan belum start dah menapau. Macam2 alasan... "nak ambik anak le" "husband dah tiba le" tapi kalu dah habit ko ingat orang nak percaya ke?

Lebih parah spesies ini ada sifat kedekut tahi idung masin. Makanan orang asyik nak ngap je walaupun tak dipelawe. Kita buang kertas gula2 pun boleh tanya "ko makan apa"... eh! suka hati aku le nak makan apa.

CARA MENGATASI SPESIES NI:  Kunci dalam toilet sampai jamuan selesai atau buat makan2 masa dia cuti. Kalu datang gak semata-mata nak menapau walaupun cuti maknanya dia PENAPAU TEGAR. Aku belum ada idea nak mengatasinya.

3 Bolot (bukan balut) hamper
Biasanya bos2 dapat pelbagai hamper terutama sebelum raya. Kok ye pun bagi le kat anak buah sebab kekadang hamper tu dialamatkan ke unit atau opis je. Ada gak bos murah hati tapi yang tak sedapnya bagi hamper cikai punya... yang baikkkk punya.. bos bawa balik. Sesetengah tu guna troli lagi angkut hamper kat parking. Pendek kata beraya sakan le bos dengan kuih raya.

Bukanlah kita hadap sangat hamper tu tapi janganglah masa kerja ingat team, apabila dapat habuan dari luar tiba2 je hilang ingatan. Team me team tak pakai dah.

CARA MENGATASI SPESIES NI: Bungkus je minah atau mamat jenis ni jadi hamper, lepas tu hantar kat Burundi ke atau Somalia guna jalan darat. Ko orang fikir le sendiri kenderaan sesuai angkut dia orang.

Apa2 pun semoga aku dan ko orang tak termasuk dalam semua spesies ni. Kalu dah terjoint tak jadi masalah nak ubah perangai yop!

Jumpa lagi

Bingka ubi Atok Lakom

Salam.
Tetiba je pada raya korban ni aku teringin nak makan bingka ubi. Bercakap pasal kuih ni aku teringat jiran kat kampung, Atok Lakom (di selatan lelaki atau perempuan panggil atuk je). Nama sebenar atuk ni ialah Jamilah tapi oleh sebab setiap kali melatah mesti keluar 'lakum di nukum waliyadin' maka kekallah panggilan lakom dihujungnya. Walaupun dah masuk kategori warga emas, Tok Lakom masih kerja kongsi kong (kerja ladang - orang kampung sebut kosikong) dan jaga suami yang aku panggil Embah Lanang (tok lelaki). Sebelum nyanyuk, embah teror ubat orang termasuk adik aku yang tergolek dog tak sedar diri masa bermain dalam parit ketika rembang senja. Bila nak makan ayam, embah tukang sembelihnya. Aku tukang pegang kepak dan kaki ayam. Dah siap bawa balik lalu beberapa rumah, maka hari tu tahulah jiran sekeliling kami makan lauk AYAM.

Eh! eh! Melalut sampai ke ayam plak. Aku tak boleh lupa Tok Lakom sebab arwah punya bingka ubi sedap. World - lemak! lembut! garing dengan aroma asap sabut kelapa. Kalu bertandang kat rumah Tok Lakom, arwah atok dan aku tak pernah kering tekak.  Pasti kopi dan biskut mayat terhidang di depan mata (ko orang carilah macam mana biskut ni tapi yang pasti tak de orang jadi mayat selepas memakannya).

Paling aku suka setiap kali bercakap dengan budak2 perkataan 'nak' tak lepas daripada mulut Tok Lakom. "Makan nak" "Tolong amik atok cawan nak" "Ko tak sekolah ari ni nak" (bukan nek nak tau, nak maksudnya anak le). Dilontarkan dengan tonasi tersendiri, kedengaran gemersik dan menyenangkan. Mungkin ini caranya Tok Lakom berkongsi kasih kerana duduk berdua aje dengan embah. Atok ada anak lelaki yang kami panggil Mis je. Nama sebenar aku tak tahu dan yang pasti bukan Mis World. Namun bila dah ke JB jarang nampak batang hidung kat kampung. Jangan malu jadi budak kampung udah le.

Akhirnya aku sedar kemesraan dan kasih Tok Lakom menyebabkan bingka ubi kayunya lebih enak menerobos masuk ke dalam perut.


 Dulu aku pernah ikut ayah su beli tembikai di tepi jalan ke Kuala Berang. Ayah su panggil 'mak' pada mak cik gerai tu. Terkejut gak aku tapi rupanya panggilan tu biasa di sana. Bagi aku bukan mudah memanggil orang luar dengan panggilan nak atau mak. Walaupun pendek, perkataan ini tidak bermakna jika disebut tanpa jiwa.

Kita sebenarnya sudah semakin mengecilkan skop 'nak' dan 'mak atau bapak yang kini lebih bersifat peribadi. Dengan anak pun kita tak pernah menggunakannya kerana lebih senang memanggil mereka guna singkatan nama yang mungkin panjang asalnya 'satu kaki'. Kita lebih suka guna auntie gantikan mak cik, mak atau cek. Mungkin ini caranya orang kita terasa lebih muda selain menggunakan botox.

Kalu mat salleh tahu ko orang guna auntie untuk orang luar (mereka khaskan untuk adik beradik ibu dan bapa) mahu dia orang nangis guling2 dari USA ke Malaya. Walau apapun perkataan itu... yang meletakkan nilainya ialah KITA - Melayu yang semakin hilang jati diri. Nasib baik aku Jawa (rumpun Melayu gak kot - nanti tanya pensyarah UKM).

Jumpa lagi

Monday, November 15, 2010

Maruah kita sape nak jaga

Salam.
KELMARIN anak sedara aku, Afiq  bermalan di rumah sekembali dari Sarawak. Esok pagi balik ke Terengganu selepas tiga bulan berurusan di Kuching, Afiq minta aku jangan beritahu mama dia sebab nak SUPRISE!!! Sembang punya sembang sebelum tidur terpacul daripada mulut aku tentang pak we mama Afiq. Kakak aku ni dah lama jadi ibu tunggal selepas suami meninggal akibat barah. Anak empat, Afiq  anak sulung. Afiq jawab soalan aku dengan bertanyakan soalan: " Cik tengok orangnya macam mana"
 " Entahlah ko nak jawapan baikkk punye.. ke atau yang  ikhlas sebab aku tengok mamat tu macam lalok je. Ops terlebih sudah !!! (memang ikhlas jawapan aku tu). Anak suku abad ini umpama 'pengawal,' letak syarat mama kena bawa dua adik kalu nak berdating. Balik jangan lepas jam 10 malam. Rupanya Afiq pun kurang berkenan juga dengan bakal bapa tirinya, tapi susah say NO, tak sampai hari tengok mama sedih.  Anak sedara aku mengaku badan susut fikirkan hal mama. Macam manalah aku kalau berada di tempat Afiq dan kakak.

Lantas aku terfikir berapa ramai ibu dan bapa termasuk yang pegang title haji serta hajah, bilal atau bijak agama tak kisah anak dara diusung ke sana sini. Tak peduli pukul berapa baru balik. Kadangkala siap pelawa masuk si jantan. Begitu juga kita jarang peduli anak bujang merewang denga gadis orang sampai ke Subuh. Aku rasa mungkin orang tua macam ni spesies hidup disponsor anak....jangan marah para penonton, ibu-ibu, bapa-bapa....

Masa sekolah rendah dulu aku pernah mengejek rakan sekelas yang bapanya berkahwin satu lagi. Geram punya pasal - biasa le bebudak suka sangat ejek-mengejek. Pas tu aku tengok kawan lelaki ini tekup muka sambil mencangkung kat parit sekolah agama Batu Anam (al-Fatihah untuk cikgu Marzuki), menangis teresak-esak. AKU MENYESAL lebih-lebih lagi dituduh jadi punca si A menangis. Tergamam aku tapi percayalah hingga saat ini aku tetap berasa kesedihan si A yang terpaksa menjual ais krim untuk membantu emaknya menyara keluarga. Kalau kekawan sekolah panggil nak beli ais krim, si A pasti kayuh basikal laju-laju dalam kampung, mengelak dan malu.

Aku juga teringat seorang rakan bersama kakaknya menyorokkan baju kebaya bandung (cari dalam internet mcam mana rupenya) si ibu yang gemar bergaya sedangkan si ayah orang pandai agama. Dalam masyarakat kampung yang rata-rata perempuannya berbaju kurung, menggayakan kebaya bandung dengan batik lepas yang sedikit sebanyak menyerlahkan alur dan lurah atau saiz punggung, sudah tentu menjadi gunjingan (tengok le kamus kalu tak paham) masyarakat.

Kalu dulu aku anggap tindakan kawan tu kerana malu maknya agak seksi, kini aku melihat tindakan itu sebagai misi menyelamatkan MARUAH si ibu. Begitu juga dengan Afiq, bukan untuk tunjuk garang atau kuasa sebagai ketua keluarga tapi  menjaga MARUAH kakak aku. Aku bersyukur kerana kakak ada anak seperti Afiq. Untuk si A maafkan aku kerana merobek MARUAH seorang anak.

Kadangkala kita sebagai ibu bapa tidak ambil pusing tanda atau protes ditunjukkan anak apatah lagi jika dilamun cinta. Ego mungkin. Entahlah aku pun tak tahu kerana jawapannya bukan berbentuk objektif semudah A B C D atau semua di atas ... boleh pilih yang berkenan di hati atau lambung saja buah dadu.

Renung-renungkanlah jika si kecil bertanya " bila mama nak pakai tudung" atau teguran "kemeja ibu tak tutup punggung" biar pun sejak kecil ibu bapa tak kisah apa yang kita pakai sedangkan suami jarang sekali beri komen. Dalam setiap tahap kehidupan ini Allah beri peringatan melalui pelbagai cara dan mungkin juga menerusi bidadari kecil kita.

Ada anak pecah-pecah kepala nak selamatkan MARUAH ibu bapa, sedangkan ada orang tua plak tak kisah langsung maruah me wah anak walaupun itu amanah Allah. Fikir-fikirkanlah.

jumpa lagi