Tuesday, October 11, 2011

Hantu Jalan Riong

Salam.

Al-kisah maka tersebutlah di pejabat aku, Jalan Riong, Bangsar tersebar penemuan2 menggemparkan sebelum Ramadan lalu. Story dari mulut ke mulut menceritakan beberapa staf terserempak dengan entiti2 menakutkan - senang cerita terjumpa hantulah - dalam lif, tandas dan tempat letak kereta. Yang tak sedapnya waktu siang pun benda2 ni  mengacau. Sah spesies ni kena insomnia (susah tidur malam) waktu depalah. Itu yang siang hari pun dok tunjuk rupa, tak sempat tunggu malam lagi. Maka kecohlah citer hantu:

1. Di tempat parking si A nampak entiti tak berwajah terpampang depan muka ketika nak start kereta balik rumah.  Masa tu belum jam 11 malam. Waktu pejabat aku ni siang dan malam. Biasanya paling lewat balik 2 pagi. Maka bukan sedikit staf bawa turun kereta ke parking bawah sebelum Maghrib. Kalu tersedar lepas Isyak pasti minta member teman ke parking dan kalu balik jam 1 pagi, siang2 dah bawa kereta ke tempat pak guard berkawal.

2. Si B pulak jumpa entiti macam ju-on dalam lif. Masa masuk sorang2 lif kosong. Bila pintu terkatup ada member plak jadi peneman. Boleh menangis David Copperfield dibuatnya. Maka ada yang rela turun berpuluh anak tangga daripada masuk lif. Kalu guna lif pun kena berteman tak kiralah bapak atau mak orang. Kecut semua bro!

3. Si C ketika berjalan balik di kaki lima pejabat terkejut sebab ada orang tarik beg dari belakang. Bila toleh lagi terkejut gila babi sebab yang tarik tu mirip Mona Fendi, bomoh wanita yang dihukum gantung kerana terbabit dengan pembunuhan kejam. Paling tak best kononnya kejadian berlaku betul2 di bawah gambar Mona. Biar betul. Citer sedia ada si Mona pun dah cukup menggerunkan. Al-Fatihah untuk arwah Mona.




4. Si D kena usik ketika solat Asar di bilik kecil. Masa nak beri salam nampak kaki je terpacak tanpa badan. Aku kurang pasti apa motif  'hang tu' ni buat lawak bangsat saing2 hari.

Aku pun takut gak tapi pikir2 kita cari rezeki bukan cari bala. Minta simpang malaikat 44 jumpa depa semua . Apakah benar semua ini. Hanya Allah maha mengetahui sebab aku tak bercakap dengan mangsa entiti ni atau mungkin berlaku tapi ada tokok tambah nak sedapkan citer.  Kononya si makhluk ghaib muncul apabila pengubahsuaian pejabat dilakukan. Agaknya benda yang selama ni 'dipenjarakan' bebas bila dinding kena pecah. Yang pasti pihak atasan pantas bertindak memanggil petugas Darul Ruqqiyah untuk memulihkan keadaan. Ada gak member meragui keberkesanan usaha yang diambil. Alhamdulillah sekarang dah beres. Aku berdoa suasana tempat kami mencari rezeki kekal aman. Rasanya hantu kat pejabat aku bukan kisah terpencil sebab ko orang pun ada yang mengalaminya di opis masing2.





Sebenarnya kat Jalan Riong ni ada spesies hantu tetap dan berpencen yang muncul setiap malam minggu termasuk bulan puasa; lepak kat kelab bersebelahan. Kadangkala pakaian hantu betinanya menyeramkan juga. Paling sakit hati bila hantu2 ni parking celah bedah dekat pintu gate. Menyusahkan orang nak keluar. Parking DBKL punya tapi malam penjaga parking (mamat Melayu) kutip hasil berpuluh hengget satu kereta. Apa citer!

Bercakap pasal hantu. banyak perkara yang menghantui hidup kita termasuk hutang piutang, dosa yang kadang2 memang sengaja dicari dan janji yang tinggal janji.  Benda2 ni lebih menakutkan sampai ada yang tak tidur malam, malah tak sedikit ambil jalan pintas kasi beres hantu ni termasuk bunuh diri. Minggu lepas aku layan filem seram Tamil - Kanchana di astrofirst. Memang best! Rugi tak tengok. Menonton babak Kanchana dan dua keluarga angkat dibunuh wakil rakyat angkara tanah terlintas dalam fikiran agaknya macam tulah riwayat Allahyarham Sosilawati ditamatkan penuh brutal. Hidup memang penuh dengan hantu kadangkala kita pun pernah jadi hantu yang menghantui hidup orang lain.

Jumpa lagi.