Thursday, September 29, 2011

Badai ciptaan manusia

Salam.

Taufan Nesat membadai Filipina meinggu lalu mengorbankan 35 nyawa dan 45 lagi  masih hilang. Nesat kemudian tiba di Hong Kong dan kini menyerang China. Itu fenomena alam ciptaan Ilahi. Namun di sekeliling kita, ada manusia dengan rela mencipta ribut taufan dalam rumah tangga meskipun jiwa pasangan dan anak jadi mangsa.

1.      Terbaru rakan sepejabat aku kini sampai ke penghujung pelabuhan dan bersedia mengubah haluan. L mengaku sudah penat 16 tahun mencantumkan puzzle rumah tangga akibat suami gemar dihimpit si buah hati ketika di tempat kerja. Seorang demi seorang L berjumpa bakal madu menerangkan kedudukan sebenar si suami sama ada dari segi kewangan yang serba tak cukup atau tanggungjawab yang sering diabaikan. Bolehkah kita bersabar jika pasangan bermain yoyo - di depan kita mengaku sudah putus cinta tetapi di belakang masih meneruskan aktiviti 'bercengkrama di bawah bulan purnama', malah lebih dahsyat pasang dua sekali gus. Mungkin sudah lama L angkat kaki jika anak tidak dijadikan taruhan, cerai bererti 6 permata hati tiada lagi di sisi.  Tapi kini senjata sudah makan tuan, L tawarkan anak dijaga suami, mudah pasang badan cari pengganti. TERKESIMA si mamat.

L izinkan nikah, namun jenis suami tamak mahu menjadikannya sebagai 'simpanan tetap' agar anak2 dan mahligai terurus. Apa punya jantan daa... ops! jangan simbah asid dik, itu tindakan orang tak bertamadun. Solat istikharah rakaatnya tak mampu dibilang lagi tapi silap L hanya mahu menerima pentunjuk jika suami jinak semula ke pangkuan. 16 tahun menggenggam kaca yang disangka permata, L kini rela membuangnya, itu pun selepas menyedari betapa parahnya luka. Andai kaca bertukar permata dengan izin Allah, aku fikir L mahu menggenggamnya kembali. L patut bersyukur masih punya rumah selesa untuk 6 cahaya mata berteduh dan bekerjaya. Bayangkan jika L isteri sepenuh masa yang berhimpit di rumah flat dengan 6 anak terpaksa menjeruk jiwa apabila suami berkahwin muda, siap bersanding sakan sedangkan duitnya pun cukup2 makan.

2.      Seorang senior aku, menjadi nakhoda bahtera rumah tangga selama puluhan tahun. Si suami tak ambil peduli langsung, cuma beri RM1,000 sebulan yang kadangkala berserta sindiran dan hinaan. Pasrah dengan nasibnya menyebabkan aku melabelkan beliau penghuni syurga. Puluhan tahun mengalah dalam apa keadaan sekalipun demi kebahgiaan rumah tangga. Apa saja penderaan mental yang boleh anda bayangkan pernah dilalui wanita ini - balik sendirian ke kampung ketika raya umpama janda, dicaci akibat lambat hantar atau jemput di tempat kerja, telefon opis kerana nasi lembik atau telur hangus, berbulan2 diasingkan dari tempat tidur atau baju disuruh cuci tangan walaupun ada mesin basuh. Suami minta didatang bagaikan minyak penuh. Egonya tinggi melangit. Sensitif atau rajuknya bak daun sembilu, pantang ditegur berbulan jadi orang bisu. Yang pasti si isteri juga yang perlu perbaiki keadaan.

Akhirnya si isteri sampai ke peringkat tepu, rasa yang tinggal hanyalah tak punya apa2 rasa lagi. KOSONG! Apalah maknanya perkongsian hidup jika bukan saja tiada unsur menang-menang bahkan rugi memanjang. Kalu suami ibarat melukut; ada tak menambah, tiada tak mengurang, maka hidup sendirian lebih baik dan sememangnya sudah lama pun wanita ini menjadi single mother. Cuma kali ini biar ia menjadi status yang formal. Tanpa disedari si kakak sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan lama dulu. Aku berdoa agar dua insan ini memperoleh yang terbaik dalam setiap keputusan dibuat dan semangat mereka boleh dijadikan panduan. Amin.

Di manakah kedudukan kita sebenarnya! Ibu tinggal, ibu tunggal atau ibu tunggul. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment