Monday, November 15, 2010

Maruah kita sape nak jaga

Salam.
KELMARIN anak sedara aku, Afiq  bermalan di rumah sekembali dari Sarawak. Esok pagi balik ke Terengganu selepas tiga bulan berurusan di Kuching, Afiq minta aku jangan beritahu mama dia sebab nak SUPRISE!!! Sembang punya sembang sebelum tidur terpacul daripada mulut aku tentang pak we mama Afiq. Kakak aku ni dah lama jadi ibu tunggal selepas suami meninggal akibat barah. Anak empat, Afiq  anak sulung. Afiq jawab soalan aku dengan bertanyakan soalan: " Cik tengok orangnya macam mana"
 " Entahlah ko nak jawapan baikkk punye.. ke atau yang  ikhlas sebab aku tengok mamat tu macam lalok je. Ops terlebih sudah !!! (memang ikhlas jawapan aku tu). Anak suku abad ini umpama 'pengawal,' letak syarat mama kena bawa dua adik kalu nak berdating. Balik jangan lepas jam 10 malam. Rupanya Afiq pun kurang berkenan juga dengan bakal bapa tirinya, tapi susah say NO, tak sampai hari tengok mama sedih.  Anak sedara aku mengaku badan susut fikirkan hal mama. Macam manalah aku kalau berada di tempat Afiq dan kakak.

Lantas aku terfikir berapa ramai ibu dan bapa termasuk yang pegang title haji serta hajah, bilal atau bijak agama tak kisah anak dara diusung ke sana sini. Tak peduli pukul berapa baru balik. Kadangkala siap pelawa masuk si jantan. Begitu juga kita jarang peduli anak bujang merewang denga gadis orang sampai ke Subuh. Aku rasa mungkin orang tua macam ni spesies hidup disponsor anak....jangan marah para penonton, ibu-ibu, bapa-bapa....

Masa sekolah rendah dulu aku pernah mengejek rakan sekelas yang bapanya berkahwin satu lagi. Geram punya pasal - biasa le bebudak suka sangat ejek-mengejek. Pas tu aku tengok kawan lelaki ini tekup muka sambil mencangkung kat parit sekolah agama Batu Anam (al-Fatihah untuk cikgu Marzuki), menangis teresak-esak. AKU MENYESAL lebih-lebih lagi dituduh jadi punca si A menangis. Tergamam aku tapi percayalah hingga saat ini aku tetap berasa kesedihan si A yang terpaksa menjual ais krim untuk membantu emaknya menyara keluarga. Kalau kekawan sekolah panggil nak beli ais krim, si A pasti kayuh basikal laju-laju dalam kampung, mengelak dan malu.

Aku juga teringat seorang rakan bersama kakaknya menyorokkan baju kebaya bandung (cari dalam internet mcam mana rupenya) si ibu yang gemar bergaya sedangkan si ayah orang pandai agama. Dalam masyarakat kampung yang rata-rata perempuannya berbaju kurung, menggayakan kebaya bandung dengan batik lepas yang sedikit sebanyak menyerlahkan alur dan lurah atau saiz punggung, sudah tentu menjadi gunjingan (tengok le kamus kalu tak paham) masyarakat.

Kalu dulu aku anggap tindakan kawan tu kerana malu maknya agak seksi, kini aku melihat tindakan itu sebagai misi menyelamatkan MARUAH si ibu. Begitu juga dengan Afiq, bukan untuk tunjuk garang atau kuasa sebagai ketua keluarga tapi  menjaga MARUAH kakak aku. Aku bersyukur kerana kakak ada anak seperti Afiq. Untuk si A maafkan aku kerana merobek MARUAH seorang anak.

Kadangkala kita sebagai ibu bapa tidak ambil pusing tanda atau protes ditunjukkan anak apatah lagi jika dilamun cinta. Ego mungkin. Entahlah aku pun tak tahu kerana jawapannya bukan berbentuk objektif semudah A B C D atau semua di atas ... boleh pilih yang berkenan di hati atau lambung saja buah dadu.

Renung-renungkanlah jika si kecil bertanya " bila mama nak pakai tudung" atau teguran "kemeja ibu tak tutup punggung" biar pun sejak kecil ibu bapa tak kisah apa yang kita pakai sedangkan suami jarang sekali beri komen. Dalam setiap tahap kehidupan ini Allah beri peringatan melalui pelbagai cara dan mungkin juga menerusi bidadari kecil kita.

Ada anak pecah-pecah kepala nak selamatkan MARUAH ibu bapa, sedangkan ada orang tua plak tak kisah langsung maruah me wah anak walaupun itu amanah Allah. Fikir-fikirkanlah.

jumpa lagi

1 comment: